Source: Berita Harian, 3rd May 2020

SATU lagi bazar Ramadan, BazaarRia akan diperkenalkan yang akan membawa pengalaman cukup berbeza kepada pelanggan.

Wadah dalam talian ini, menyediakan pengalaman 3-Dimensi (3D) yang interaktif dan menyeronokkan itu seakan-akan membawa pelanggan ke kedai fizikal.

BazaarRia itu, diperkenalkan oleh syarikat Mi Planets Pte Ltd, sebuah syarikat e-dagang.

Bazar itu akan diperkenalkan secara ‘live’ esok. Pengunjung boleh melungsurinya di https://bazaarria.sg/home atau imbas Kod QR di atas.

“Kami ingin memperkenalkan sesuatu pengalaman yang berbeza melalui 3D. Pelanggan seolah-olah pergi ke kedai, dapat memilih barangan yang mereka inginkan dan membelek-belek barangan itu. Jadi, bazar itu menawarkan satu perbezaan,” kata Encik Abu Bakar Mohd Nor, pengerusi and pengarah Mi Planets.

Menurut beliau, syarikat itu melaburkan dalam teknologi 3D dan modeling agar pelanggan mempunyai pengalaman menarik membeli-belah dalam alam maya.

Penjualan dalam talian bukan sahaja satu perniagaan dagangan elektronik tetapi satu perniagaan agar produk dapat dijual.

Oleh itu, pengalaman dinikmati pelanggan amat penting agar barang itu dapat terjual.

Produk yang dijual menawarkan cita rasa pembeli dari pakaian, makanan dan barang hiasan.

Encik Abu Bakar menambah bahawa mereka telah menguji penggunaan teknologi 3D itu dengan enam kedai di Joo Chiat Complex dengan hasil yang memberangsangkan.

Teknologi BazaarRia itu dibangunkan oleh syarikat InfoFabrica dan Vizzio, manakala pereka web ialah MXGSOFT Pte lTD. Ia juga bekerjasama dengan badan-badan lain termasuk Berita Harian/Berita Minggu, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Persatuan Logistik Singapura, Bank DBS dan SingPost.



Leave a Comment

Your email address will not be published.

X